Saturday, 15 September 2012

Sahabat ^^

Kali ni saya mau tulis pasal PERSAHABATAN =)

Bagi saya, sahabat ni sangat penting. SANGAT-SANGAT !! Sebab apa? Sebab tanpa sahabat, saya tidak akan senyum. Kau~ Kau~ Kau~ yang sedang baca ni pun mesti susah mau senyum tanpa sahabat. KAN? hihi ^^

Sepanjang saya belajar di tempat orang ni, saya dapat banyak sahabat. Dah tu, perangai punya la macam-macam. FYI (For Your Information)~ hihi :p perangai diorang tu la yang buat saya masih bertahan untuk terus berada disini. perangai diorang tu lah yang buat saya senyum / ketawa hari-hari. BESTKAN ada SAHABAT ??? =)

Pernah satu kali, kad ATM saya rosak. waktu tu hari jumaat... terkena pulak petang tu ada kelas. ayoo ! dah la sya mau guna duit segera, kad ATM pulak buat hal =.=''

TAPI KANNNNNNN ~ *kasi panjang sikit =P

Hari tu, kawan sa cakap dia sanggup tolong saya pegi buat kad baharu kat bank. Takpa la kalo tak masuk kelas.. yang penting masalah kau selesai .. dia cakap. fuyooo !! Kamu ndak rasa happy ka kalo ada kawan gitu?? saya happy =)

Ada lagi sahabat saya ni, dia punya perangai pelik-pelik sikit. hikhikhik, tapi cumil tauu~ orang dia kicik2 seja =p teka siapaa? >.< ermmm ~ dia suka buat orang ketawa tau. Ndak pernah sa ndak ketawa kalo sama-sama dia. hihi.. And yg paling latest~ fenomena OPPA GANGNAM STYLE tu.. woahhh ! dia paling pandai buat ahh .. hehehe .. suka sa tgk ~ sweet sangat ^^

Ada lagi ni.. kawan saya dua orang . diorang ni memang sehati sejiwa la sma sya kalo bab2 kerja kursus ! hehehe ^^ kalo ikut betul~ diorang ni kakak. umur lebih upgrade skit dri sya =p paling special sma diorang ni~ diorang sangatsangatsangat RAJIN ! kalau buat kerja .. mesti 100% meletop mcm bom atom.. hihi~ ada kunun gitu kan =p

AYOOOOOOOOO~

Untungkan saya ?? sebab ada sahabat-sahabat yang baik . Sebenarnya kita semua beruntung tau~

TAPIIIIII ~ TAPIIIII~ TAPIIIII

Mesti ingat yang ni, MESTI !! Kita mesti pilih kawan yang betul-betul boleh dijadikan kawan. Jangan pulak dah tau orang tu ndak baik, masih juga mau jadikan kawan. Sebab~ kawan ni juga kuat mempengaruhi tau. kalau terkena lagi yang ndak bagus.. naaaaa~ jadi orang yang ndak bagus la kita..

OLEH ITU~ pandai-pandai la pilih kawan. Pilihlah kawan yang boleh membawa kita kearah kebaikan ^^

Itu saja lar untuk kali ni .. kalo rajin saya update lagi.. papai ^^


layan kek lapis dulu~ Jangan JELEZZZ =p

Lalu Lalang :p

Aku kembali setelah sekian lama mendiamkan diri diruangan ini. Pun begitu, saya harap semuanya dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera sentiasa hendaknya. Maklumlah, baru ja lepas menyambut Hari Raya, Hari Mulia :)

Skema x ayat di atas?? hihihi :p comel pun tuuu .. wekk !!

kali ni saya mau cerita pasal azam jangka pendek . hoho . ada kunun gitu kan :p

kunun-kunun la kan ~ sya mau kasi kurus badan sya. yalaa.. lepas cek BMI.. trus air mata pun jatuh .. mcm ni ---> T.T hahaha ! sebab apa?? saya OVERWEIGHT !! diulang~ OVERWEIGHT. aduhaiiiiii !! sedih tau ~~~ *nanges

hmmm .. sekarang ni dah mula on diet. bersenam wajib ! huhahuha ~ kena buang 8kg sebelum balik Sabah .. hehehe .. target tu :p

okey la .. tu jak untuk entry kali ni . lain kali update lagi . hoho ! papai ~


Me and Bobby ^^

Tuesday, 7 February 2012

KEMBALI

Hadoiii .. dah lama x update blog .. bukan sebab malas pun :p ada banyak sebab ^^



Antara sebab-sebab tersebut termasuklah :


1. Tiada line internet .
2. Internet slow .
3. Susah mau connect internet .


HAHAHAHAHAHAHA ! saja ~ meng HOT kan benda yang x hot =.=''


Baiklah .. mulai hari ni saya dengan rasminya menyatakan bahawa saya akan rajin untuk update blog :p


selain itu, saya juga akan mencari lebih banyak follower dengan cara menulis benda-benda yang best :)


hope korang suka semuanya yang saya sharekan dalam blog nie .. kiranya xlah seberapa bagus ^^ but~ i hope you enjoy read it .


yang benar : Benny a.k.a BhenJay.

Sunday, 11 December 2011

Sakitttt :'(

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...



love JAV :)

Friday, 9 December 2011

SISTEM EJAAN

SEJARAH PERKEMBANGAN
          Sistem ejaan bermula sejak wujudnya Bahasa Melayu pada  abad ke-7 Masihi. Bahasa Melayu yang paling awal dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno. Dalam Bahasa Melayu Kuno, sistem tulisan Sanskrit dan Hindulah yang digunakan oleh mereka ketika itu. Huruf-hurufnya dikenali sebagai PALAVA. Selain itu, sistem tulisan pada zaman tersebut hampir sama dengan tulisan Bahasa Hindi pada hari ini.                                                                                                                              Perkembangan seterusnya ialah Bahasa Melayu Klasik. Perkembangan ini mempunyai banyak pengaruh daripada arab. Tulisan pada waktu itu ialah tulisan jawi (jawa). Sistem ejaan jawi ini berevolusi dalam beberapa peringkat. Antaranya ialah peringkat jawi berbaris, jawi tanpa baris tetapi menggunakan kaedah arab, jawi dengan huruf vokal dan ejaan jawi Dewan Bahasa dan Pustaka.
          Bahasa Melayu moden pula bermula seiringan dengan kedatangan Inggeris pada awal abad ke-19. Pengaruh Inggeris ini telah menyebabkan berubahnya sistem ejaan. Sistem tulisan pada zaman ini telah berubah pada gaya tulisan Inggeris (ROMAND) ataupun tulisan rumi. Sistem ejaan rumi dalam Bahasa Melayu mempunyai beberapa peringkat perkembangan. Perkembangan tersebut termasuklah Sistem Ejaan Wilkinson (1904), Sistem Ejaan Za’ba (1949), Sistem Ejaan Kongress/Asas 50 (1956), Sistem Ejaan PBMUM (1960), Sistem Ejaan Malindo (1959), dan Sistem Ejaan Baharu (1972).      

TARIAN LIMBAI - SUKU KAUM BAJAU, KOTA BELUD, SABAH

TARIAN LIMBAI
Suku kaum bajau terkenal dengan kehebatan mereka untuk menarikan tarian tradisi mereka iaitu tarian limbai. Masyarakat bajau di Kota Belud Sabah dikenali sebagai “Bajau Koboi” kerana terkenal dengan aktiviti menunggang kuda. Tambahan lagi, kuda yang mereka tunggang akan dihiaskan dengan pakaian kuda yang dijahit khas dengan kain dan warna yang sangat menarik. Hal ini demikian kerana mengikut kepercayaan kaum bajau, semangat pahlawan telah masuk ke dalam tubuh kuda suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, semangat yang telah masuk ke dalam tubuh kuda tersebut menjadi penyelamat mereka dari malapetaka yang menimpa mereka pada ketika itu. Sejak daripada itu, kuda berhias akan mengiringi perarakan perkhawinan bagi suku kaum bajau di Kota Belud. Lantas, tarian limbai akan ditarikan sebagai simbolik untuk menyambut pengantin lelaki yang diarak.
Tarian limbai mempunyai keunikan dari segi cara mempersembahkannya. Tarian ini ditarikan semasa upacara perkhawinan dan keramaian dilangsungkan. Gerakan tarian ini simbolik kepada lambaian untuk menyambut kehadiran pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan lelaki sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, perarakan akan dihentikan untuk memberi peluang kepada para penari untuk menari di hadapan pengantin lelaki. Semasa menarikan tarian ini, para penari akan melambai-lambaikan selendang mereka sebagai tanda untuk menjemput pengantin naik ke dalam rumah bagi menyempurnakan upacara istiadat ijab Kabul yakni pernikahan.
          Tambahan lagi, tarian limbai ini diiringi dengan alat muzik yang dipanggil Tetawak ataupun Kulintangan. Alatan ini kelihatan seperti gong dan setiap gong mempunyai bunyi yang berbeza. Sebagai contoh, gong yang kecil akan menghasilkan bunyi yang lebih kecil sementara gong yang besar akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat. Alatan inilah yang membuatkan tarian ini lebih menarik dan kelihatan sangat lemah gemalai. Namun, rentak muzik tarian ini boleh diubah menjadi lebih cepat dan penari harus menari mengikut rentak yang dimainkan. Kebiasaannya, alat muzik ini akan dimainkan oleh orang-orang yang lebih tua kerana mereka dianggap lebih mahir dan berpengalaman.                              
2
 
Semasa tarian ini ditarikan, penari akan memakai pakaian tradisional khas suku kaum bajau. Pakaian tersebut dinamakan Serimpak yang membawa maksud lemah lembut, sopan santun dan berbudi bahasa. Pakaian ini termasuklah blaus lengan panjang dan skirt panjang. Selain itu, pakaian ini turut dihiaskan dengan manik-manik pelbagai bentuk dan warna. Pakaian ini akan kelihatan lebih menyerlah dan cantik apabila dipakai lengkap bersama tali pinggang besi, gelang pada kaki dan tangan, serta Timpak iaitu hiasan kepala bagi wanita. Berbeza bagi pakaian perempuan, pakaian lelaki sangat ringkas dan bersahaja. Antara kelengkapan bagi lelaki ialah baju blaus panjang, seluar panjang, samping dan tengkolok.  Kain untuk membuat pakaian ini ialah kain satin dan hanya dijahit oleh orang-orang yang berpengalaman dalam suku kaum bajau.
Tarian limbai juga terkenal dengan kelemah-lembutan dan keayuan dalam gerakannya. Justeru, penari perempuanlah yang selalu menjadi penari untuk tarian ini. Hal ini demikian kerana golongan wanita mempunyai ciri-ciri kelemah-lembutan tersebut dan mampu untuk membuatkan tarian tersebut kelihatan lebih menarik. Namun, bukan golongan perempuan sahaja yang boleh menarikan tarian ini, golongan lelaki juga mempunyai langkah dan gerak yang diatur untuk menari bersama pasangan perempuan mereka. Sebagai contoh, pengantin lelaki akan menari bersama pengantin perempuan semasa upacara perkhawinan sedang berlangsung. Perkara ini menjadi simbolik kepada upacara perkhawinan yang telah rasmi diantara pihak lelaki dan perempuan. Gerak langkah pihak lelaki menunjukkan dia sedang dilamun cinta dengan memulaskan pergelanggan tangannya di udara. Sementara pengantin perempuan akan melambai-lambaikan selendangnya ke kiri dan ke kanan sebagai tanda dia sudah bersuami.
3
 
Selain itu, tarian limbai ini juga dinilai melalui gerakannya yang lemah gemalai mengikut alunan bunyi gong. Gerakan asas untuk tarian ini ialah melambai-lambaikan tangan di udara sambil bergerak ke kiri dan ke kanan. Bagi golongan lelaki pula, mereka akan memulaskan pergelangan tangan mereka di udara sambil bergerak ke hadapan dan ke belakang. Penari lelaki dan perempuan akan menari serentak diikuti dengan muzik yang dimainkan. Tarian ini akan kelihatan lebih menarik jika ditarikan oleh 10 orang penari iaitu lima orang lelaki dan lima orang perempuan. Tarian limbai ini juga akan lebih menyerlah sekiranya semua penari memakai pakaian lengkap suku kaum bajau iaitu Sarimpak. Sekiranya tarian ini ditarikan secara berpasangan di antara lelaki dan perempuan, keserasian dari segi ketinggian penari juga perlu dinilai. Jika penari perempuan seorang yang tinggi, maka penari lelaki haruslah memiliki ketinggian melebihi ketinggian penari perempuan itu. Dengan itu, tiada sebarang kecacatan yang akan dilihat semasa persembahan itu berlangsung.
4
 
Kesimpulannya, tarian limbai ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Nilai estetika yang wujud dalam tarian ini sungguh tinggi dan sangat menarik. Generasi suku kaum bajau pada masa kini seharusnya berusaha untuk memelihara tradisi yang masih wujud ini.






Just read this :)

I am who I am.

Don’t judge me because I will ask you, “Who do you think you are”???

I am a very simple person and I heart eating so much :p

My favoritescolor is “PURPLE”, the most beautiful one.

I am a simple person trying to live my simple yet deviant existence in this world. I know I am different and don’t force me to change.

I stand for what I know is right, may it not be proper in the views of the society. Acceptance is something hard to achieve for discrimination is rampant. Equal rights regardless of gender preferences should be exercised in this community.

My pursuit for truth never ceases. Yet I never question if there is really God.

For all above, just call me Bhen . Peace ^^v

AKU INGIN ENGKAU SELALU

Menatap indahnya senyuman diwajahmuMembuatku terdiam dan terpakuMengerti akan hadirnya citra terindahBila kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampuKuungkapkan kepada dirimu..
Aku ingin engkau selaluHadir dan temani akuDi setiap langkah yang menyakinikuKau tercipta untukkuSepanjang hidupku
Aku ingin engkau selaluHadir dan temani akuDi setiap langkah yang menyakinikuKau tercipta untukku
Pasti waktu akan mampuMemanggil seluruh ragakuKu ingin kau tahu ku selalu milikmuYang mencintaimuSepanjang hidupku..



Jangan risau wahai hati . Jangan runsing wahai jiwa . -Love Jav :)

Saturday, 3 December 2011

Tepatilah janji :)

Kali nie saya mau cerita sikit pasal KETIDAKPUASHATIAN saya nie . nahh ~ amik kau . memanas suda si kawan nie .

Akceli benda nie baharu lagi . masih panas-panas lagi . sama macam pisang yang digoreng untuk dijadikan kuih tu :p kunun ~

Macam nie ~ ada la bha kazen saya sorang tu , mak kau ! kalau bejanji .. apa yang paling manis ?? GULA ? nah ! janji dia nia lagi manis . konon-konon dia mau bawa saya jalan pegi Ranau . beb, masa tu jgn ckap la mcm mna EXCITEDnya sya mau pegi sana . almaklumlah ~ dekat 4 tahun ndak bejalan g sana . huhuhu .

Bah .. banyak la dia cakap .. mau bawa pegi sini la ~ sana la ~ atas ~ bawah ~ kesimpulannya : SEMUA tempat kunun dea mau bawa saya .. aduhaiiiii . kunun jak la ah nak o.O

Kemuncak cerita nie masa petang kemarin(2.12.2011) .. dia call tau ~ macam nie da cakap .

"Ermmm, esok saya ndak jadi bawa kau jalan, sebab seat dah penuh ... " belum dia habis cakap saya dah OFFkan fon . peduli apa sya dengan orang macam tu . p MAMPU* laaaaa ! naaa . kena suda koe dengan saya.

Plizzz la ~ kalo dah bejanji tu ~ TUNAIKAN la bha . ini ??? awww ~ GTH la vav*y . hohohoho . Masih lagi pula sya HOT skang pasal perkara tu . wahhh ! bikin tension la orang mcm tu .. betulbetul nie ~ ndak tipuu ni .

Fuhhh ~ Jadilah orang yang berpegang kepada janji . PEACE ^^v


Janji tidak semudah A,B,C 
Tidak juga serumit 1,2,3

Tugasan untuk ini : CARILAH ERTI SEBENAR 'JANJI'

Friday, 18 November 2011

Saya di Sabah . Negeri di bawah bayu =)

uiitttt ~ hari nie saya balik ke negeri tercinta . Sabah .
OMG ! Setelah sekian lama menunggu habis peperiksaan dan kini tibalah masa untuk balik kampung ! yihaa ~

Sekarang nie saya berada di KLIA . Menunggu penerbangan ***** lupa=.='' jam 12.30pm nie . wahh !
Sejuk betul tempat nie oooooo . Boleh beku saya kalo lama-lama di sini . hoho 0.o

Hmm ~ nie la pertama kali saya naik MAS dan datang dekat KLIA nie . Maklumlah ~ selama nie hanya naik Air Asia .. kunun jak semua orang boleh terbang .. sekali lagi cek harga tiket .. bapak punya la mahalll !! awwww ~

Masa nie si Gapik ngan Harry tengah tidur . Tidur nyenyak lagi tu . haha

OYAHHHHHHHH ~

Hari nie juga merupakan hari jadi kawan rapat saya di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Nama dea :: MAURICE MICHEAL :: Selamat hari jadi Mau !! ^^

Nah ! Birthday boy punya muka . haha *abaikan gambar yang ada di belakang . haha !

Okey la ~ mau jalan-jalan dulu . sakit pinggang kalau duduk saja di sini . 
Ada masa saya update lagi .

*Special thanks to Patrick Aling sebab rajin buka blog saya . haha :p

Sunday, 13 November 2011

Diam Dalam Perasaan

Sungguh gelupur kalut jiwaku
merundum terlintas rasa di kalbu
sayu desir pantai menghempas jeri kasih
kontang fikiran jejari terus menyepi

Warna sudah tiada
asmara hanya simbol semata
cuba untuk terima segalanya
perkataan insaf mengukir tawa

Putera beradu menunggu getaran
sayu perasaan sepi mendatar
orang yang jauh tiada lapang
sabar menanti bukan lagi khayalan

Purbakala belum langsai
globalisasi hajat digapai
hirisan luka lara masih belum sembuh lagi
nescaya terubat KALAULAH BENAR PILIHAN TEPAT

I LOVE YOU JB . LOVE YOU SO MUCH ! :')

Thursday, 10 November 2011

Jom balik kampung !!!!!!!!!!! ^^

Warghhhh !! ndak lama lagi habis final week exam ^^ sa pula ndak sabar suda mau balik kampung . hahaha ! yea la bha ~ sapa ndak xcited kalo mok balik rumah sendiri :p . xda suda mood sya mok exam skrng . mood mau balik kg suda menguasai diri . cehhh ~

APA PLAN MASA CUTI NANTI ???

1. Cat bilik warna purple . ^^
2. Balik kg. mumy .. wahh setelah sekian lama x balik :D
3. Christmas .
4. Melancong ngan kawan2. :)
5. 65kg <-- jogging . diet . blablabla :p
6. TEXT WITH MY DEAR ! MUAXS ! hoho o.O

Naa .. banyak kan plan sya . hehe .. kmu apa cerita ??? :p

hurm~ lamanya ndak dapat jumpa ngan JB :( .. ops ! BULAN MAC kotttt  bru dpat jumpa . ish !! tu la ... sapa juga yg rancang takwim nie ?? x fikir pasal org langsung . hahaha ! marah kunun :p

Uitss .. cantik kan tarikh hari nie :) 11.11.11 . woaahhhh ~ tepat2 jam12 tgh mlm sya ckp ILOVEYOU dkat JB .. naaa .. kmu ndak jelez ka ? ahaha :D senyum2 suda JB baca nie . kankankan :p

BTW, sya harap dea sntasa sihat, ceria, happy, n smuaaaa yg positif :) sbb ??? SEBAB SAYA SAYANG DEA !! kamu ada ?? tiada kan .. diam2 jak la . hahaha :D

Kmu2 yg mok cuti tu ~ Selamat habiskan paper dulu :p baru HAPPY HOLIDAY ^^

Monday, 7 November 2011

:: JUMPA DEA::

OMG !!!!

Kemarin petang .. pertama kali dalam hidup sya keluar ngan orang .. haha ! nie kira macam pengalaman pertama la kunun nie .

Sebelum sya jalan g jumpa dea .. runsing suda sya d bilik . ndak tau apa mau ckap nnt . besa la .. 1st time kan . huuhuhuhu . banyak la pula sya plan tu .. mau g tngk wayang la . p mid la . last2 .. p sanaaa taman ja ...

Oyaa~ sblum kami gerak g taman tu .. sya bawa dea pegi makan dkat Bangsar .. plan mau makan mee kolok Sarawak bha knun . tapi ~ bila sampai sana .. pnya la kecewa~ dah tutup kedai mee kolok tu . huhu . last2 dia bawa masuk jak n sya tmankan dea makan . dea order mee ntah apa nma dea .. lupa :p . pastu minum teh ice . hohoho ^^

Masa dea makan tu ~ sa smpat lagi snap pic dea nie :) cumilllllllllllllllllllllllll !! suka pula sya tgk dea snyum . hehe . ok plan pas makan g ........ ???????? ...... ENTAH . ndak tau mau p mna . hahaha ! gerak la knun kami nie p taman . masa tu gelap suda . banyak lagi cerita :D . sya suka dgr dea crita2 .. mcm pensyrah PJ . dea ajar sya apa yg sya ndak tau .. contohnya ..

:: Kita sepatutnya tidak boleh joging waktu malam, sebab malam adalah waktu untuk badan kita berehat .

Naaaa ~ bestkan dea pnya kuliah . hehe :) . bagi saya itu memang best . saya suka n sangat3 suka ^^ itupun kalau dea yg cakap .. kalo orang lain~ ntah sya dgar atau tdak . hahahaha ! -jahatkan :p-

Sya paling suka masa di taman . macam ndak mau balik . n mmng ndak mau balik pun . wawawawawa :'( sedih pula sya dea dah mau balik g tmpat dea hari  nie . arggggggggggggg !! belum puas lagi dengan dea . baru kluar sehari jak . dah pisah balik . adeiiiii :'( paling sadissssssssss nie sekarang . sobsobsob

Jahat bha sya sma dea .. kan dea pakai cincin, sa suru buka knun .. sya mau pakai . hehe . last2 da mmng suru sya pakai n sya mmng sdang pakai pun skrng nie :) . tu jak la knangan yg sa ada sma dea . lain kali sa mau kasi beli sumting utk dea :) warghhhh ! mok nangis plak sa bila nmpk cincin nie . makin rindu sma dea :'(

Balik2 pula sya suru dea jgn balik hari nie .. tapi xdapt pula tu kan .. sbb abg dea ada exam besok . da tkut nnt kacau abg dea pula . huhuhu . xpa . sya faham :( . -kecewa- kan bgus law abg da belum exam lagi masa tu . dapat jga sya jalan ngan dea lagi . seriussss sa ckp .. mmng tidak puas :"(

Tahun dpan .. sya mok g genting ngan dea :) harap2 dapat p . n sa mesti p . hehe -memaksa- sbb thun dpan drang cuti 24 Jan .. pastu dea balik sarawak la masa tu :( bulan Mac bru dea balik KL . fuhhhh ~ ndak ka terseksa mnunggu bulan Mac tu . hahahahaha ! :p ndak pa la . yg pntng bahagia :)

Ok last -jari sakit menaip- hoho :p ..

Saya sayang dea sangat2  ! Noktah ! ^^v

Sunday, 6 November 2011

GENAP SEBULAN KAMI COUPLE ^^

Yeahhh !! Hari ni dah masuk sebulan saya ngan dea couple . haha ! lucu jua yea ~ :D
hmm . akceli ~ hari nie sya patut keluar ngan dea bha .. tapiiii ~ dea ndak mau keluar kalo sya bawa kawan . kemarin pula spatutnya sya berjumpa ngan dea kat church .. at least ada la cakap2 ka .. apa ka .. skali lagi x terjumpa pun .. dea dah cau ngan abg dea g TS . ok baiklah =.='' . kalau mau cakap "kecewa" tu ~ ada la lebih kurang 99% ahaha !

hmmm ~ smalam kami mesej smpai jam1 sumting la .. sya punya la mnunggu dea reply msj .. rupa2nya da tido :)
ksian bha dea .. penat bjalan enjoy .. kalo sa ada sna , suda sa tolong urut badan dea :D kunun jak la . haha !

Honestly~ saya betul2 sayang dea . sangat2 ! sekarang dea ada dekat KL . tapi kami ndak juga dapat jumpa .. bukan apa bha . sa ndak brani mau kluar ngan dea kalo sya sorang sja . mesti sya ada kawan baru la mau p :) satu lagi masalah . dea pula yang ndak mau keluar kalo sya da kawan .. jadi ~ keluar sendiri2 jak la . huhuhu . 

Sekarang nie sya tgh tunggu dea reply mesej sya .. ntah apa la agaknya dea tgh buat skarang tu .. mungkin tgh busy bha . sabar seja la . nanti kena marah pula kalau mengacau . huhuhu . 

Aku sayau JB aku amat2 ! aku ka ke yea ~ yea aja . ehe . cakap iban suda saya . hahaha !

Oyaa ~ JB tu bukan Justi Bieber yea . jangan salah faham =.='' 

JB tu J_ _ _ _ _ _  B _ _ _ _ _ . sapa dapat teka .. sa bagi RM100 . hohoho ^^v

Itu saja untuk hari ini :)

to those yg bercinta .. cehh ~ jaga kapel masing2 . XOXO !

Thursday, 27 October 2011

:: Hati yang berbunga ::

Hari ini ada mood mau update blog :)

hurmmmm ~ kali nie saya mau bermadah . Madah perihal "Hati yang berbunga" ^^

Kisahnya macam nie .. saya ada sorang kawan,, dea dari Sarawak . Selama nie kami ndak pernah pun jumpa .. since 2010 ( saya sem 1 ) .. dea add la saya d FB .. masa tu sya dah ada hati kunun dekat dea . hmmm, kami tukar2 no fon . SMS ~ CHAT ~ . banyak la benda yang kami share sama2 . happy juga time tu sebab dea layan sya macam kawan rapat wlaupun ndak pernah jumpa . hehehe ^^


mau dipendekkan cerita ~ hari tu (7 OCT 2011) .. kami chat la dekat FB . sya brani2 nie mau cakap dekat dea . takut kena reject jgn ckp la . haha ! last2 . COUPLE juga kami dua . eeeeeeeeeeeeee . BERBUNGA hati sya malam tu . paling best ~ malam tu dea call ucap "SELAMAT MALAM" . fuhhhh ~ tido dengan lena la sya . hahaha ! mula saat tu, hari2 sya x lengkap knon kalo x mesej n call ngan dea . dalam masa 1 minit tu adalah lebih kurang 50 kali sya cek fon . mau tgk mna la tau ada mesej dea . fuhhhh ~ serius sya cakap.. mmng sya betul2 dah suka n cinta kat dea . apa2 pun .. SAYA SUDAH SAYANG KAT DEA- KAWAN SAYA !! ^^V          

Saturday, 6 August 2011

SAYA SAYANG AHLI KELUARGA SAYA !!!

Time nie .. saya tengah menangis ... sebab apa ???

i miss my familys !! :'(

Saya tertanya-tanya .. 


1. Apa mumy tengah buat sekarang ??
2. Dady sudah balik dari kerja ka ??
3. Adik-adik sudah belajar ??
4. Nenek sudah makan ubat ??
5. Uncle sudah menarad ka ??
6. Diorang sudah makan nasi ??
7. Diorang sihat ka ??

Saya sudah call mumy .. tapi saya tidak puas hati .... saya mau tengok depan mata ... hmmmmm :'(

hmmmm .. sedihnya ~ ndak sabar mau balik n kumpul ramai-ramai ...

kepada semua .. 

saya mau mengajak anda membaca satu kisah ~

kisah nia agak menyedihkan bagi saya ....


Konon di jepang dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sdh tdk berdaya sehingga tdk memberatkan kehidupan anak2nya..

Pada suatu hari ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya kehutan, krn si Ibu telah lumpuh dan agak pikun..
Si pemuda tampak bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pohon yang bisa diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya disepanjang jalan yang mereka lalui.
Sesampai didalam hutan yang sangat lebat, si anak menurunkan Ibu tsb dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih krn ternyata dia tdk menyangka tega melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya..
Justru si Ibu yang tampak tegar, dalam senyumnya dia berkata ‘Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil smp dewasa Ibu selalu merawatmu dgn segenap cintaku. Bahkan smp hari ini rasa sayangku tdk berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sdh menandai sepanjang jalan yang kita lalui dgn ranting2 kayu. Ibu takut kau tersesat, ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai dirumah..’
Demi mendengar kata2 tsb, si anak menangis dgn sangat keras, kemudian langsung memeluk ibunya dan kembali menggendonya utk membawa si Ibu pulang kerumah. Pemuda tsb akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya smp Ibunya meninggal..

Orang tua bukan barang rongsokan yang bisa dibuang atau diabaikan setelah terlihat tdk berdaya..
Krn pd saat engkau menggapai sukses atau saat engkau dlm keadaan susah, hanya orang tua yang mengerti kita dan bathinnya akan menderita kalau kita susah.. Bukan istri, suami, ataupun teman..
Orang tua kita tdk pernah meninggalkan kita, bagaimanapun keadaan kita, walaupun kita pernah kurang ajar kpd orang tua.. Namun Bapak dan Ibu kita akan tetap mengasihi kita..
Saya sangat-sangat berharap agar tidak wujud lagi generasi seperti ini .. Jangan abaikan Ibu bapa kita ~ sayangi mereka dengan setulu hati anda .. sama-samalah kita berdoa ...


A M E N ! ! !

:: I LOVE MY FAMILYS ::

Saturday, 25 June 2011

 OH NOOO !!!

KAWAN SA TIPU SAYA ~

PUNYA LA KECEWA ...

KALO NDAK MAU CAKAP LA NDAK MAU ..

NI ~

DEPAN MATA BA KEDAPATAN MENIPU

SEDIHNYA ~

WUJUD PERSOALAN ...

KENAPA SAMPAI BUAT MACAM TU ??

SUDAH LA ..


^^v

Tuesday, 21 June 2011

:: H I L A N G ::

hmmmmm ~

masa ni ....

rasa macam xda mood jakkk ...

sebabbbbb ...

emhhhhh !!!

YANG RAPAT ~ KINI SUDAH RENGGANG ~

hhuhuhuhuhuhuhuhuhu !

tapi sa memang dah jangka smua nie ..

sejak hari tu lagi ..

haha !! biar la dea ..

kami tetap kawan bha ...

i means ~ PERNAH jadi kawan ..

huhuhuhu :'(

Saturday, 11 June 2011

:: My Nenek Cerita Hantu ::

HANTU ???

APA ITU HANTU ???

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat kita, hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak dulu lagi. Masa tu, semua benda pun disembah .. pokok atau batu yang besar tu la jadi subjek utama untuk pemujaan. Kononnya dalam batu tu ada roh atau semangat yang berkuasa. menurut kepercayaan orang tua-tua, pokok atau batu yang besar tu mesti kena sembah.. sebab, kalau ndak kena sembah .. nahhh ~ mengamuk konon jin atau penunggu dalam tu n seterusnya akan mendatangkan malapetaka kepada orang kampung.

niii .. mau share sikit ne ..

kemarinkan .. my nenek cerita pasal kes2 mistik yang pernah berlaku di kampung kami n yang berlaku kat dea juga .... duuuullluuuuuu la ^^

begini cerita dia ...

cerita 1.


di kawasan selekoh depan rumah kami (yang dulu la) .. banyak kereta accident di tempat tu . accident bukan pasal laju .. tapi ternampak sumting yang bikin jiwa kacau . huhuhu . ada sumber mengatakan .. orang yang memandu tu nampak ramai orang sedang menari di tengah2 jalan raya tu .. pastu terbabas la sebab tekejut n mau elak .. yala ~ bayangkan .. d tengah2 selekoh .. tiba2 nampak orang menari-nari .. sapa ndak tekejut .. pemandu pun elak la .. kebetulan plak ..tepi jalan tu dekat ngan sungai .. fuyoooo ~ hampir2 masuk dalam sungai. <-- kata nenek saya la .. hihi ^^

cerita 2.


masa my nenek dalam perjalanan pulang dari sawah .. waktu petang .. dea lalu dekat kawasan tanah perkuburan.. tiba-tiba dea dengar la bunyi hujan yang amat kuat menuju ke arah dea .. tapi ~ bunyi hujan tu memang ada .. masalahnya air hujan tu yang tiada .. huhuhu .. dah tu .. dea lalu depan kubur ,, nampak banyak orang pakai baju warna kuning .. fuhhh ~ party kot . hihi .. dea pn balik dengan langkah seperti .. lipas kudung . <-- takut la tu .. hohoho

cerita 3.


orang kampung dulu-dulu kat Kg.Tempasuk 1 ni suka menanam padi .. sampai tidur di sawah lagi tu bha ~ .. cerita nenek sya yang ni plak pasal deorang tidur di sawah .. cam ni ceta dea .. dorang ni ada 4 orang .. m nenek, mindum (mak spupu), bidang (kwn nenek) n sorang lagi .. x ingat nama .. my nenek ni sudah siap makan malam .. tinggal lagi mak spupu yang last blum siap .. tiba2 dea tnampak orang duduk di tepi sibor(batas sawah) .. tengah makan sisa makanan yang dibuang .. ohh no ~ time dea cerita tu .. terbayang sudah kalau sya .. sdah pengsan rasanya .. hahaha ! oya ~ kebetulan juga , time tu ada sorang uncle sdang mninggal .. huhu .. <-- meremang bulu roma i dengar ni crta .

cerita 4.


di kawasan rumah kami sekarang (kelimah) ni .. duluuuunya ~ ada satu sungai .. memang sebelum kena timbus dulu pun .. memang ada gaung (bekas sungai) .. huhuhu .. then, masa tu ada lagi talipuju(busut) BESARRR di tepi sungai tu .. masa my nenek odw balik dari sawah nak ke rumah .. dea lalu sungai tu .. bila dea lalu depan busut tu .. dea nampak sorang pompuan yang bepakaian jubah hitam .. berdiri atas busut tu .. my nenek estedy jak jalan ,, "benda tu bukannya kacau saya pun" (my nenek cakap) .. naaa ~ kalau saya ??? sudah lari .. tertinggal selipar segala .. huhuhuhu

cerita 5.


ni cerita pasal my uncle plak .. gini .. masa deorang tengah main badminton di dewan .. (sebelah rumah) .. dea saw sumting mcm api di luar dewan .. dea ingatkan ada oang tengah merokok .. dea pun tegur la .. "isai indo"(bahasa dusun) .. "siapa itu"(bahasa melayu) .. tapi xda yang menyahut .. then dea biarkan jak la .. tett ~ habis main badminton .. dea pun keluar n knon2 mok p tengok sapa yang merokok tadi .. tiba2 .. dea rasa macam kaki dea kena baling guna batu .. n sangat sakit .. huhu .. dea pun balik la rumah .. malam tu masih ok lagi .. besoknya ~ dea dah x boleh berdiri .. kaki macam x berfungsi .. pas tu .. ada la ni orang pandai yang deorang minta tolong .. tup~tap~tup~tap~ .. cerita sebenar dea mcm nie .. masa deorang main badminton tu .. mungkin telampau xcited .. durang triak2 la .. buat bising mcm tu .. then .. "BENDA" tu mungkin terganggu dan "BERAPI" .. tambah2 lagi .. kena tegur .. naaaa ~ kan orang tua2 suda cakap .. jgan tegur benda yang kita rasa pelik waktu malam .. tengok .. mcm tu la hasilnya .. huhu .. last2 .. solutionnya .. deeorang korbankan 1 ekor sapi .. baru sembuh .. huhuhuhu .. haunted la tempat tu .. (belakang dewan) ..

cerita 6.


cerita ni hot d kg. suatu ketika dahulu .. cewah .. hoho .. gini .. ada sorang budak nie .. dea dari rumah kakak dea ~ odw mok balik rumah dea la .. hmmm .. jarak rumah dea n kakak dea bukannya jauh sangat pun .. begini .. masa deo odw balik dea .. dea bawa ikan (mentah) dalam bekas plastik .. kakak dea suruh bawa balik rumah .. dalam perjalanan balik .. dea lalu depan dewan ~ (tempat ni haunted gak) tiba2 ,, dea dgr mcm ada sumting yang mengejar d belakang dea.. skali tengok .. seekor kuda.. belum lagi tu .. kuda yang berbadan manusia .. gitu ka kalo ndak silap .. then dea pun lari la .. sampai pagar yang tinggi pun dapat kena lompat .. ni la kalo takut sudah kan .. suma pun dapat buat .. huhu .. bila buat flashback ~ orang tua2 cakap .. "BENDA" tu tercium benda yang dea bawa tu .. ikan mentah tu la .. huhu .. orang tua2 cakap juga .. sapa2 yang kena tindih ngan "BENDA" tu .. boleh t'kubur dalam tanah .. huhuhu .. moral of the story : jangan bawa makanan seperti daging~ikan~ayam dll yang masih mentah jalan di waktu malam .. hohoho

ammmm ~  sebenarnya ada banyak lagi cerita ni .. tapi penat udah jari mok taip .. so, nanti la share lagi yeaa ~ hohoho :)



:: naaa ~ my nenek semangat sudah cerita hantu ni .. kami pun .. fuhh ! meremang.. huhu ::


:: pasni mok dengar lagi cerita pasal dulu2 dari nenek ::


p/s : kalo korang ada datuk or nenek kat rumah .. apa lagi .. korek2 la crita dari dorang .. n sharekan kat blog korang :) 

yang ni pun saja jak mok sharekan .. yang mok baca .. baca~ yang tidak .. jangan~ hihi ^^V

dats ol buat masa ni ~ nanti update lagi . hohoho

ardios ! sayonara !

^^V