Sunday 11 December 2011

Sakitttt :'(

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...



love JAV :)

Friday 9 December 2011

SISTEM EJAAN

SEJARAH PERKEMBANGAN
          Sistem ejaan bermula sejak wujudnya Bahasa Melayu pada  abad ke-7 Masihi. Bahasa Melayu yang paling awal dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno. Dalam Bahasa Melayu Kuno, sistem tulisan Sanskrit dan Hindulah yang digunakan oleh mereka ketika itu. Huruf-hurufnya dikenali sebagai PALAVA. Selain itu, sistem tulisan pada zaman tersebut hampir sama dengan tulisan Bahasa Hindi pada hari ini.                                                                                                                              Perkembangan seterusnya ialah Bahasa Melayu Klasik. Perkembangan ini mempunyai banyak pengaruh daripada arab. Tulisan pada waktu itu ialah tulisan jawi (jawa). Sistem ejaan jawi ini berevolusi dalam beberapa peringkat. Antaranya ialah peringkat jawi berbaris, jawi tanpa baris tetapi menggunakan kaedah arab, jawi dengan huruf vokal dan ejaan jawi Dewan Bahasa dan Pustaka.
          Bahasa Melayu moden pula bermula seiringan dengan kedatangan Inggeris pada awal abad ke-19. Pengaruh Inggeris ini telah menyebabkan berubahnya sistem ejaan. Sistem tulisan pada zaman ini telah berubah pada gaya tulisan Inggeris (ROMAND) ataupun tulisan rumi. Sistem ejaan rumi dalam Bahasa Melayu mempunyai beberapa peringkat perkembangan. Perkembangan tersebut termasuklah Sistem Ejaan Wilkinson (1904), Sistem Ejaan Za’ba (1949), Sistem Ejaan Kongress/Asas 50 (1956), Sistem Ejaan PBMUM (1960), Sistem Ejaan Malindo (1959), dan Sistem Ejaan Baharu (1972).      

TARIAN LIMBAI - SUKU KAUM BAJAU, KOTA BELUD, SABAH

TARIAN LIMBAI
Suku kaum bajau terkenal dengan kehebatan mereka untuk menarikan tarian tradisi mereka iaitu tarian limbai. Masyarakat bajau di Kota Belud Sabah dikenali sebagai “Bajau Koboi” kerana terkenal dengan aktiviti menunggang kuda. Tambahan lagi, kuda yang mereka tunggang akan dihiaskan dengan pakaian kuda yang dijahit khas dengan kain dan warna yang sangat menarik. Hal ini demikian kerana mengikut kepercayaan kaum bajau, semangat pahlawan telah masuk ke dalam tubuh kuda suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, semangat yang telah masuk ke dalam tubuh kuda tersebut menjadi penyelamat mereka dari malapetaka yang menimpa mereka pada ketika itu. Sejak daripada itu, kuda berhias akan mengiringi perarakan perkhawinan bagi suku kaum bajau di Kota Belud. Lantas, tarian limbai akan ditarikan sebagai simbolik untuk menyambut pengantin lelaki yang diarak.
Tarian limbai mempunyai keunikan dari segi cara mempersembahkannya. Tarian ini ditarikan semasa upacara perkhawinan dan keramaian dilangsungkan. Gerakan tarian ini simbolik kepada lambaian untuk menyambut kehadiran pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan lelaki sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, perarakan akan dihentikan untuk memberi peluang kepada para penari untuk menari di hadapan pengantin lelaki. Semasa menarikan tarian ini, para penari akan melambai-lambaikan selendang mereka sebagai tanda untuk menjemput pengantin naik ke dalam rumah bagi menyempurnakan upacara istiadat ijab Kabul yakni pernikahan.
          Tambahan lagi, tarian limbai ini diiringi dengan alat muzik yang dipanggil Tetawak ataupun Kulintangan. Alatan ini kelihatan seperti gong dan setiap gong mempunyai bunyi yang berbeza. Sebagai contoh, gong yang kecil akan menghasilkan bunyi yang lebih kecil sementara gong yang besar akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat. Alatan inilah yang membuatkan tarian ini lebih menarik dan kelihatan sangat lemah gemalai. Namun, rentak muzik tarian ini boleh diubah menjadi lebih cepat dan penari harus menari mengikut rentak yang dimainkan. Kebiasaannya, alat muzik ini akan dimainkan oleh orang-orang yang lebih tua kerana mereka dianggap lebih mahir dan berpengalaman.                              
2
 
Semasa tarian ini ditarikan, penari akan memakai pakaian tradisional khas suku kaum bajau. Pakaian tersebut dinamakan Serimpak yang membawa maksud lemah lembut, sopan santun dan berbudi bahasa. Pakaian ini termasuklah blaus lengan panjang dan skirt panjang. Selain itu, pakaian ini turut dihiaskan dengan manik-manik pelbagai bentuk dan warna. Pakaian ini akan kelihatan lebih menyerlah dan cantik apabila dipakai lengkap bersama tali pinggang besi, gelang pada kaki dan tangan, serta Timpak iaitu hiasan kepala bagi wanita. Berbeza bagi pakaian perempuan, pakaian lelaki sangat ringkas dan bersahaja. Antara kelengkapan bagi lelaki ialah baju blaus panjang, seluar panjang, samping dan tengkolok.  Kain untuk membuat pakaian ini ialah kain satin dan hanya dijahit oleh orang-orang yang berpengalaman dalam suku kaum bajau.
Tarian limbai juga terkenal dengan kelemah-lembutan dan keayuan dalam gerakannya. Justeru, penari perempuanlah yang selalu menjadi penari untuk tarian ini. Hal ini demikian kerana golongan wanita mempunyai ciri-ciri kelemah-lembutan tersebut dan mampu untuk membuatkan tarian tersebut kelihatan lebih menarik. Namun, bukan golongan perempuan sahaja yang boleh menarikan tarian ini, golongan lelaki juga mempunyai langkah dan gerak yang diatur untuk menari bersama pasangan perempuan mereka. Sebagai contoh, pengantin lelaki akan menari bersama pengantin perempuan semasa upacara perkhawinan sedang berlangsung. Perkara ini menjadi simbolik kepada upacara perkhawinan yang telah rasmi diantara pihak lelaki dan perempuan. Gerak langkah pihak lelaki menunjukkan dia sedang dilamun cinta dengan memulaskan pergelanggan tangannya di udara. Sementara pengantin perempuan akan melambai-lambaikan selendangnya ke kiri dan ke kanan sebagai tanda dia sudah bersuami.
3
 
Selain itu, tarian limbai ini juga dinilai melalui gerakannya yang lemah gemalai mengikut alunan bunyi gong. Gerakan asas untuk tarian ini ialah melambai-lambaikan tangan di udara sambil bergerak ke kiri dan ke kanan. Bagi golongan lelaki pula, mereka akan memulaskan pergelangan tangan mereka di udara sambil bergerak ke hadapan dan ke belakang. Penari lelaki dan perempuan akan menari serentak diikuti dengan muzik yang dimainkan. Tarian ini akan kelihatan lebih menarik jika ditarikan oleh 10 orang penari iaitu lima orang lelaki dan lima orang perempuan. Tarian limbai ini juga akan lebih menyerlah sekiranya semua penari memakai pakaian lengkap suku kaum bajau iaitu Sarimpak. Sekiranya tarian ini ditarikan secara berpasangan di antara lelaki dan perempuan, keserasian dari segi ketinggian penari juga perlu dinilai. Jika penari perempuan seorang yang tinggi, maka penari lelaki haruslah memiliki ketinggian melebihi ketinggian penari perempuan itu. Dengan itu, tiada sebarang kecacatan yang akan dilihat semasa persembahan itu berlangsung.
4
 
Kesimpulannya, tarian limbai ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Nilai estetika yang wujud dalam tarian ini sungguh tinggi dan sangat menarik. Generasi suku kaum bajau pada masa kini seharusnya berusaha untuk memelihara tradisi yang masih wujud ini.






Just read this :)

I am who I am.

Don’t judge me because I will ask you, “Who do you think you are”???

I am a very simple person and I heart eating so much :p

My favoritescolor is “PURPLE”, the most beautiful one.

I am a simple person trying to live my simple yet deviant existence in this world. I know I am different and don’t force me to change.

I stand for what I know is right, may it not be proper in the views of the society. Acceptance is something hard to achieve for discrimination is rampant. Equal rights regardless of gender preferences should be exercised in this community.

My pursuit for truth never ceases. Yet I never question if there is really God.

For all above, just call me Bhen . Peace ^^v

AKU INGIN ENGKAU SELALU

Menatap indahnya senyuman diwajahmuMembuatku terdiam dan terpakuMengerti akan hadirnya citra terindahBila kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampuKuungkapkan kepada dirimu..
Aku ingin engkau selaluHadir dan temani akuDi setiap langkah yang menyakinikuKau tercipta untukkuSepanjang hidupku
Aku ingin engkau selaluHadir dan temani akuDi setiap langkah yang menyakinikuKau tercipta untukku
Pasti waktu akan mampuMemanggil seluruh ragakuKu ingin kau tahu ku selalu milikmuYang mencintaimuSepanjang hidupku..



Jangan risau wahai hati . Jangan runsing wahai jiwa . -Love Jav :)

Saturday 3 December 2011

Tepatilah janji :)

Kali nie saya mau cerita sikit pasal KETIDAKPUASHATIAN saya nie . nahh ~ amik kau . memanas suda si kawan nie .

Akceli benda nie baharu lagi . masih panas-panas lagi . sama macam pisang yang digoreng untuk dijadikan kuih tu :p kunun ~

Macam nie ~ ada la bha kazen saya sorang tu , mak kau ! kalau bejanji .. apa yang paling manis ?? GULA ? nah ! janji dia nia lagi manis . konon-konon dia mau bawa saya jalan pegi Ranau . beb, masa tu jgn ckap la mcm mna EXCITEDnya sya mau pegi sana . almaklumlah ~ dekat 4 tahun ndak bejalan g sana . huhuhu .

Bah .. banyak la dia cakap .. mau bawa pegi sini la ~ sana la ~ atas ~ bawah ~ kesimpulannya : SEMUA tempat kunun dea mau bawa saya .. aduhaiiiii . kunun jak la ah nak o.O

Kemuncak cerita nie masa petang kemarin(2.12.2011) .. dia call tau ~ macam nie da cakap .

"Ermmm, esok saya ndak jadi bawa kau jalan, sebab seat dah penuh ... " belum dia habis cakap saya dah OFFkan fon . peduli apa sya dengan orang macam tu . p MAMPU* laaaaa ! naaa . kena suda koe dengan saya.

Plizzz la ~ kalo dah bejanji tu ~ TUNAIKAN la bha . ini ??? awww ~ GTH la vav*y . hohohoho . Masih lagi pula sya HOT skang pasal perkara tu . wahhh ! bikin tension la orang mcm tu .. betulbetul nie ~ ndak tipuu ni .

Fuhhh ~ Jadilah orang yang berpegang kepada janji . PEACE ^^v


Janji tidak semudah A,B,C 
Tidak juga serumit 1,2,3

Tugasan untuk ini : CARILAH ERTI SEBENAR 'JANJI'